Pages

Friday, June 4, 2010

Coming Soon..Filem Melayu Wajib Tonton yg Setanding Titanic

Satu lagi kejayaan anak Melayu yang harus kita banggakan.Adik-beradik yang telah mencipta empayar mereka sendiri.Filem ini akan menemui penonton awal 2010. "The Malay Chronicles Bloodlines" Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) adalah sebuah lagi filem yang diterbit oleh KRU Studios.Pada 22 Februari lalu, filem bergenre epik ini berjaya menarik pengedar-pengedar antarabangsa sekaligus mencatatkan jualan mencecah jutaan ringgit menerusi European Film Market di Berlin yang berlangsung pada 11- 21 Februari. Setanding 'Titanic' Sementara itu, selaku Pengarah Muzik untuk HMM, Edry Abdul Halim berkata, pihaknya percaya lagu tema HMM akan mendapat impak yang sama seperti lagu tema filem box- office, ‘Titanic’. Lagu tema filem ini dinyanyikan oleh Anuar Zain dalam dua bahasa iaitu melayu dan inggeris untuk pasaran luar negara.Rakaman penataan muzik HMM telah dijalankan di Dewan Filharmonik Petronas selama tiga hari berturut-turut bermula 23 Mac lalu. HMM kini dalam proses penjanaan CGI dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Julai. Wajib Tonton Menurut pendapat aku, filem HMM ini merupakan filem melayu yg wajib ditonton. Teknik CGInya begitu menarik yg mana proses pengambarannya dijalankan di Pulau Langkawi dan Ulu Yam bagi menjimatkan kos. Sedikit Sinopsis

Merong Mahawangsa adalah keturunan Alexander the Great, seorang nakhoda tentera laut terkenal dan pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. Empayar Rom pada masa pemerintahan Hadrianus dan China, Dinasti Han berada pada zaman kegemilangan pemerintahan dan kedua empayar ini bersatu melalui perkahwinan putera Rom dengan putri China dari Dinasti Han.

Mereka akan dikahwini di titik tengah antara timur dan barat, neutral ground (gua syak di tanah melayu). Merong Mahawangsa ditugaskan untuk mengawal putera Rom dalam perjalanan mereka ke Asia Tenggara.

The pirate nation of Geruda (lanun geruda? ini lanun mana ni?) telah menculik puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan (nyumnyum!). Dalam perjalanan ke Selat Melaka, Armada Merong Mahawangsa telah diserang tentera Geruda semasa berhenti di pulau kecil untuk mengisi bekalan.

Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri dan menyatukan dua tamadun besar dari timur dan barat? .sama-sama kita ke pawagam (: Info Filem
Company National Film Dev. Corp. Malaysia (FINAS) Cast Stephen Hughes Director(s) Yusry A. Halim Writer(s) Amir Hafizi Producer(s) Norman A. Halim Production Status Post-Production Completion Year 2010 credit: KRUStudios & www.tengkuaizat.com

5 comments:

amar haziq said...

syabas KRU;)

jenguk2 lah blog saya k;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Anonymous said...

awal tahun 2010 ke bro???

watchalawatco said...

aku suka tengok dulu baru komen.. hehe :)

PMOfficial said...

urm, pakcik bknnye ape....pakcik x suka filem melayu sbb dorg dubbing suara....pastuh gelap je....mcm kwn pakcik yg ajak pakcik tgk wyg cite mlayu, pakcik x g....urm...

liyanaziz said...

dah pernah tengok trailer dia kat wyg, serius, first impression ingat cite omputih, sekali tengok tajuknya melayu, mmg x sabar nak g tengok...

Post a Comment