Pages

Monday, June 7, 2010

Apa Itu "Unique Visitor"

Apa itu "unique visitor"?? Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu unique visitor tetapi mungkin ada juga yang masih belum arif tentang apa itu unique visitor seperti blogger-blogger baru mahupon aku sendiri(:.... Unique visitor dan view visitor adalah 2 jnis visitor yang berbeza.
  • view visitor: merujuk pada berapa kali URL anda telah dimuat yang meliputi halaman yang di"refresh" oleh pelawat itu.
  • unique visitor: merujuk pada alamat IP tertentu me"loading" blog anda
  • contoh: jika saya membaca blog anda sekarang dan me-refresh halaman, yang akan dikira sebagai 2 view visitor dilihat dan masih 1 unique visitor.
~Pelawat dari ip adress yang sama turut dikira unique visitor sekiranya "cookie"nya telah di"clear"kan atau erti kata lain masa "cookie"-nya sudah lebih dari 1 jam maka ia akan dikira sebagai unique visitor. sedikit ada beberapa jenis contoh pelawat yang telah"dirembat" dari blog http://www.unfiltered-madness.com/ :-p
Pelawat setia (positif)
Mereka inilah yang selalu memberikan banyak bilangan Pelawat Unik kepada sesebuah blog kerana ada di antara mereka yang membuat kunjungan berkali-kali dalam sehari. Mereka juga adalah jenis pelawat yang tidak kisah samada seorang blogger itu membalas lawatan ke blog mereka ataupun tidak. Sebabnya mereka sudah sukakan blog ataupun blogger tersebut. Untuk mendapatkan pelawat seperti ini sebuah blog itu perlukan aura yang kuat.
Pelawat setia (negative)
Seperti di atas yang juga boleh menjadi penyumbang bilangan Pelawat Unik yang banyak dalam sehari tetapi sebab mereka adalah bersifat negatif iaitu kerana mereka tidak sukakan blog ataupun pemilik blog tersebut. Blogger selalu menggelar mereka ini sebagai Stalker yang berniat tidak baik.
Pelawat lompat-lompat
Pelawat lompat-lompat ialah mereka yang melakukan blogwalk kepada blog-blog yang belum pernah mereka kunjungi. Dari satu blog ke satu blog mereka melompat samada untuk mencari kenalan blog baru ataupun mempromosi blog mereka. Jangkamasa mereka berada di sebuah blog bergantung kepada tarikan blog tersebut ataupun tujuan mereka melompat-lompat itu. Tujuan di sini bermaksud samada mereka jalan-jalan mencari blog untuk di baca ataupun sekadar mahu jenguk-jenguk sahaja. Jenguk-jenguk itu pula boleh berlaku secara senyap ataupun jenguk-jenguk tetapi tidak lupa meninggalkan jejak sekurang-kurangnya di chatbox.
Pelawat kunjungan balas
Pelawat jenis ini membuat kunjungan balas setelah anda melawat blog mereka. Anda kata 'Hai' di blog chatbox mereka, maka mereka pun kata 'Hai' di chatbox anda. Begitu juga anda komen blog mereka, maka mereka pun komen di blog anda. Ada juga yang membuat kunjungan balas sebagai silent reader sahaja. Jangkamasa mereka melawat pula bergantung kepada samada mereka mahu mengucapkan 'Hai' sambil membaca ataupun sekadar memberi 'Hai' sahaja.
Pelawat enjin carian
Pelawat jenis ini menjumpai blog anda melalui enjin carian. Mereka mencari sesuatu topik dan keyword topik itu berkaitan dengan blog anda walaupun kadang-kadang ia tidak berkaitan dengan apa yang mereka cari. Biasanya mereka ini bukanlah pelawat yang kekal dan ramai daripada mereka yang datang hanya sekali sahaja ke blog anda malah dalam tempoh yang singkat.
Pelawat ingin tahu
Mereka ini dikalangan orang-orang yang terdengar daripada kawan-kawan mengenai blog anda. Disebabkan ingin tahu maka mereka melawat blog anda. Jika mereka berminat mungkin mereka akan jadi pelawat setia dan sebaliknya jika tidak mereka mungkin jadi pelawat sekali sahaja.
Konsep pelawat ingin tahu juga berlaku apabila blogger lain backlink blog anda di entri mereka. Disebabkan nick blog anda di entri blog yang mereka baca, maka yang ingin tahu akan singgah di blog anda.
Pelawat sesama kawan-kawan
Tidak kisahlah kawan-kawan secara nyata ataupun secara maya, mereka ini mengunjungi blog anda kerana mereka menganggap anda sebagai salah seorang daripada kawan mereka. Kebanyakan blog yang memiliki pelawat konsisten adalah mereka yang mewujudkan hubungan kawan sesama blogger lain.
P/S: korang yang melawat blog ni pelawat jenis mana??ada ke yang melawat blog ni?? perasan je.. huhu :-p

8 comments:

Sharinginfoz said...

apa yang penting ramai pelawat terutamanya yang selalu datang kan

.:: Miu Miu ::. said...

yeay sekarang dah tahu dah ape tu unique visitor! timekaseh! :)

Amir Izzat said...

saya pelawat ingin tahu...hehehe..eh.buang lah word verification nie..

GombakMali said...

ohhh~~ yeker~ igtkan yg klik2 tuh.. trimas krn anda gtau~ informasi ini sgt2 berguno~ :D

Zulfahmi said...

mcam2 visitor ade rupenye...baru tau

nuyuEna said...

ooo..bru sy paham..ngee~
sy pelawat last skali..

♥suterakasih♥ said...

wahhh info ni la yg sy carikk selama ni hehe
thanks ekk.. :)

Asyraf Kamarul said...

info yg bagus!!

Post a Comment