Pages

Saturday, April 16, 2011

Daftar Dengan sms80 Untuk Dapat SMS PERCUMA ke Semua Rangkaian Setiap Hari

Hye guys..Hari ini aku ada something new yang aku just find out and nak sharing dengan korang. Mungkin korang dah tahu kot dan aku nak share jugak untuk yang masih tak tahu lagi.Yang tahu tu buat-buat tak tahu dah la kan??huhu.. Tadi masa tengah usha satu website ni tetibe nampak satu link yang agak menarik, so aku pon klik la dan terus direct ke website ni http://www.sms80.com/. SMS80 ni adalah website yang menawarkan sms percuma untuk dihantar kesemua rangkaian. Senang je just daftar dan terus dapat 25sms percuma setiap hari. Walaupun cuma 25 sms percuma je yang kita dapat tapi ok la dari tak ada apa-apa kan?Time kredit tengah takde and emergency bolehla guna sms80 nie. So korang tryla sendiri. Jangan risau memang takde caj tersembunyi punya sebab aku dah try. Selamat mencuba! korang boleh klik sini untuk sms percuma : http://www.sms80.com/ p/s : Kalau korang tahu website-website lain yang bagi sms percuma ni share la. :)

Friday, April 15, 2011

8 Pembohongan Ibu kepada Anaknya

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya

Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.

Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.

Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.

Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.

Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.

Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.

Saya sedih melihat mak seperti itu.

Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.

Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.

Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.

Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.

Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.

Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.

Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.

Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.

Anehnya, mak menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.

Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.

Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.

Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.

Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.

Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.

Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.

Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.

Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.

Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.

Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.

Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.


Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.

Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s :kepada yang masih mempunyai mak/ibu/mama/umi atau apa sahaja panggilan untuk ibu korang sebelum mereka pergi ucaplah sayang korang kepada mereka. Mungkin ada diantara kita yang masih atau belum pun mengucapkan sayang kepada ibu kita. Ucapan itu pastinya akan menyenangkan hati ibu korang kerana apa yang diperlukan oleh seorang ibu daripada anaknya bukanlah harta, wang atau kemewahan tetapi kasih sayang.
P/S: aku sayangkan mak 'Siti Harimah binti Sheikh Abdul Hamid'..al-Fatihah untuk arwah mak..
*korang sayang mak korang tak???
-entri diambil dari http://www.iluvislam.com untuk ingatan sendiri dan dikongsi.

Tuesday, April 12, 2011

Bo-"I Can't Draw So I Sing"

song : lagu
artist : bo
Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu, Sayangku
Fikiranku,
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Ooohh~
Alangkah indah,
Jika dirimu sentiasa,
Di sisiku sayangku,
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu
Hariku,
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu, Cintaku
Fikiranku,
Hanya dipenuhi dengan suaramu, Divaku

Friday, April 8, 2011

Mahasiswa U/Politeknik/KPT Sudah Matang, Auku dan Akta 174 Tidak Releven

Era pascamerdeka menyaksikan kemodenan teknologi dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Pertumbuhan institusi pendidikan dan Ianya diikuti dengan perkembangan gerakan mahasiswa yang sememangnya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perbicaraan mengenai gerakan mahasiswa ini seringkali memenuhi ruang diskusi kini dalam kalangan masyararkat sama ada perbicaraan mengenai kajian secara formal sehinggalah perbualan di kedai kopi. Perbahasan agenda mahasiswa ini telahpun memenuhi ruang entiti masyarakat kerana mahasiswa bukanlah golongan yang terkebelakang dalam proses sosial dan demokrasi. Golongan mahasiswa ini dianggap sebagai entiti yang ‘murni’ kerana peranan mahasiswa dan gerakannya terlalu banyak dalam proses pendemokrasi di Negara luar. Golongan mahasiswa yang juga acap kali diingatkan bahawa merekalah yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan Negara suatu masa kelak; namun mereka juga sering dimomokkan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mengenai pembabitan mereka dalam pelbagai aktiviti terutamanya politik. Jelas kenyataan bercanggah ini satu hipokrasi. Malangnya wacana yang dibentuk pihak berkuasa tidak menghiraukan aspirasi dan keperihatinan golongan mahasiswa.
Penahanan mahasiswa yang mengikuti kempen pilihanraya kecil yang lalu jelas menunjukkan bahawa hak keistemewaan yang dikecapi oleh belia hilang secara tiba-tiba apabila mereka mendaftarkan diri sebagai mahasiswa. Ironinya, penahanan mereka ini hanya kerana mengedarkan risalah untuk memeriahkan lagi proses demokrasi di Negara kita seperti mana Negara lain yang mengamalkan pemerintahan demokrasi. Mungkin ada pihak yang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri kerana gerakan mahasiswa mampu untuk menjatuhakn sesebuah pemerintahan melalui beberapa siri gerakan mereka ini. Kita tidak dapat membohongi sejarah yang lampau mengenai potensi mahasiswa yang kita ada. Sejarah telah menyaksikan gerakan mahasiswa amat berkesan dalam perubahan corak dan pola politik di sesebuah Negara. Kejayaan mahasiswa dalam menjatuhkan banyak pemerintahan di Negara luar telah membuka mata ramai pihak mengenai potensi dan kebolehan mahasiswa. Sebut sahaja mengenai peristiwa penggulingan Presiden Argentina iaitu Presiden Juan Peron, ianya juga dikaitkan dengan Mahasiswa yang bertindak sebagai lapisan pertama pembangkang Peronist melawan pihak pemerintah pada masa itu dengan mengunakan slogan mereka yang tersendiri iaitu “No to cheap shoe dictatorship”. Perhimpunan yang dimulakan oleh golongan mahasiswa itu menyeru rakyat lain untuk berhimpun sehingga membawa kepada pengulingan Presiden Juan Peron pada tahun 1955. Mahasiswa juga terlibat dengan lansung dalam pengulingan Presiden Iran iaitu Presiden Shah Mohamad Reza Pahlevi sehingga tercetusnya revolusi Iran. Kita singkap kembali sejarah revolusi Iran. Mahasiswalah yang memainkan peranan penting dalam peringkat pertama revolusi Iran apabila sejumlah mahasiswa Islam menentang kepimpinan Shah dengan mengadakan demonstrasi. Kerajaan Shah kemudiannya menghantar tentera untuk menenteramkan demonstrasi tersebut sehingga menyebabkan beberapa orang mahasiswa terbunuh. Akibat daripada peristiwa pembunuhan mahasiswa tersebut, maka tercetusnya pergeseran di Tabriz sehingga tercetusnya peristiwa revolusi Iran melalui perhimpunan oleh rakyat Iran yang lain. Revolusi Iran berlaku dengan kepimpinan Ayatollah Khomeini mengambil alih kepimpinan Shah Iran. Pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos pada tahun 1986 melihatkan peranan gerakan mahasiswa di Filipina dalam memperjuangkan hak dan keadilan sejagat. Kira-kira 50 ribu mahasiswa dan pekerja menyerbu kediaman Malancang pada 30 Januari 1970 untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan mereka terhadap pemerintah diktator Ferdinand. Kejayaan mahasiswa dalam penawanan beberapa tempat di Filipina tersebut membuktikan bahawa mahasiswa bukanlah golongan yang lemah dan golongan yang boleh ditutup mulut untuk mengikut rentak pemerintah yang sumbang. Sejarah telah mencoretkan peranan yang amat besar dilakukan oleh gerakan mahasiswa selaku penggerak utama terhadap terjadinya perubahan sosial, budaya, politik dan lain-lain. Kekuatan mahasiswa ini dibuktikan dengan peristiwa pengulingan Juan Peron di Argentina pada tahun 1955, Perez J Menez di Venezuela pada tahun 1958, Soekarno di Indonesia pada tahun 1966, Ayub Khan di Pakistan pada tahun 1969, Reza Pahlevi di Iran pada tahun 1979, Jeneral Chun Doo Hwan di Korea Selatan pada tahun 1087, Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1985 dan Soeharto di Indonesia pada tahun 1998.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikKAHHVgRVf63nWiLJ4TjFztuBE7L8gIZ6xRPNX-DMoGCk_yJSGboLLzLYsebDqG6lkgIm3-b9BtTXLBffC-UPV0DrWRglcRHbYP7H44-R3y4tju5vs95HErx99MewQpbgjTkohWq1shU/s1600/n.jpg
Walaupun majoriti peristiwa pengulingan pemerintahan itu tidak dimonopoli oleh gerakan mahasiswa kerana ada komuniti lain yang turut menyertainya sehingga tercetus gerakan revolusi, namun gerakan mahasiswa memainkan peranan yang penting dalam menjadi ejen pengerak kepada tercetusnya perubahan pemerintahan tersebut. Siri pengulingan ini berlaku akibat daripada penyelewengan dalam pemerintahan dan juga korupsi. Pembabitan mahasiswa dalam banyak peristiwa di seluruh dunia ini membuktikan besarnya peranan dan pengaruh mahasiswa dalam sesuatu kepimpinan sesebuah Negara. Sebagai seorang anggota masyarakat, kita tidak seharusnya memandang remeh mengenai peranan mereka ini kerana golongan mahasiswa yang kita ada ini. Mereka juga merupakan mahasiswa yang berumur lebih 21 tahun dah sudahpun matang mengenai politik yang ada di Negara kita. Jika Negara maju dapat membenarkan rakyatnya mengundi ketika umur serendah 18 tahun, kenapa di Negara kita menghalang mahasiswa yang berumur diatas 21 tahun untuk berpolitik? Jika mahasiswa itu tidak matang untuk masuk ke dalam politik, apakah belia yang tidak masuk ke universiti dan sama umur dengan mahasiswa itu matang berpolitik? Hal ini seolah-olah menghilangkan keistimewaan orang yang bergelar mahasiswa sedangkan merekalah yang menjadi harapan kepada masyarakat di luar untuk memacu masa depan yang gemilang. Pengarahan kepada AUKU berlaku apabila kerajaan menegaskan pelajar tidak dibenarkan bergabung atau menyokong mana-mana parti politik dan kesatuan sekerja. Hal ini merupakan kesedaran pihak kerajaan untuk mencegah kebangkitan pelajar melalui perundangan. Larangan pelajar untuk mengikuti politik (bukan menyertai parti politik) akan menjauhkan pelajar dengan rakyat dan menyekat idea pelajar menyumbang kea rah pembangunan. Sokongan mana-mana pihak pelajar kepada mana-mana pertubuhan parti politik tidak bermakna mereka menyokong parti tersebut. Secara tuntasnya, mahasiswa bukanlah golongan yang masih lagi dianggap sebagai dangkal dan kebudak-budakan. Sejak dari zaman berzaman mahasiswa telah dihalang untuk melalui kancah politik. Penulis berharap agar mahasiswa diberikan layanan yang sama rata dengan rakyat Malaysia yang lain untuk boleh bergiat dalam politik. Mahasiswa inginkan bahawa mereka bebas berpolitik bukannya memasuki parti politik. Pemikiran mereka sudahpun matang bagi menilai sesuatu perkara. Justeru itu, sudah tiba masanya untuk memansuhkan AUKU dan Akta 174 yang menajadi tembok penghadang kepada kebebasan golongan mahasiswa kini. sumber diolah dari :
http://www.wandyblog.com/