Pages

Wednesday, June 9, 2010

Ketahui Tersirat dan Tersurat Dari Wanita

Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi… Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla… Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu untuk lebih artikel cinta layari http://www.tentangcinta.com/

6 comments:

ierahaziera said...

hehehe...
standard la tuh...
kiter suka berkias tapi orang lelaki nih x paham...

Wan Haffiz said...

haha..thumbs up..:)

mIsH IeRA cIK irAh said...

hahaha..cakap direct kang kecik ati.dush dush dush :P

Tn.Punya said...

hahaha..aku dah lama faham makna2 tersirat pompuan ni..heheheh

http://myvitrd.blogspot.com/

zida said...

best gila entry. hahah aku stret to the point je. hahaha cuma byk kiasan body language laa..

Izyan Nadiah said...

tak sume pmpn cam tu la

Post a Comment