
Pages
not just a blog, it's about sharing
Monday, November 29, 2010
Gengblogger tidak sehangat dahulu??

Sunday, June 20, 2010
Oh! Lebih Hina Menyentuh Kekasih Dari Khinzir
Sejauh manakah kita umat akhir zaman ini menyedari hal ini. Antara yang “nampak berat” dan yang “nampak ringan”.
“Bergomolan dgn babi (khinzir) itu adalah lebih baik b’banding dgn b’sntuhan (sengaja) dgn wanita bukan mahram” (Riwayat Ibnu Majah)
Entry di copy sepenuhnya dari ohislam.com
nasib aku dah single sekarang.Huhu..(:
babi pon cute jugakkan?? Haram dimakan kecuali darurat tapi tak haram untuk dipegang cuma perlu disamak. Tak salah untuk pegang babi. Lebih baik korang pegang babi dari pegang dari pegang kekasih korang.. peace..heheSaturday, June 19, 2010
Tips Untuk Melupakan Si Dia
Hye guys, dah seminggu blog nie tak ber"update". Actually dalam seminggu ni aku ade masalah sikit dengan perasaan. Jiwa tak tenang dan semangat untuk mengupdate blog pon takde. Tapi alhamdullilah hari nie aku kembali untuk membina semula semangat yang telah hilang. Ini bukan entry jiwang. ngee~~~. Aku cuma ingin berkongsi sedikit tips untuk melupakan si dia.
Memang tak dapat dinafikan bercinta itu sangat indah. Memang tak mudah untuk kita melupakan si dia tetapi kengkadang kita harus melepaskan untuk mencari ketenangan dan memberi kebahagiaan kepada si dia. Kalau dah bercinta semuanya ingat kat si dia. Makan. tidur, mandi semua ingat si dia. Bila dah putus cinta pon masih tetap ingatkan si dia. Yang penting kita harus kuat kalau tak mungkin boleh jadi gila disebabkan si dia yang tiggalkan kita. Sini aku ingin berkongsi beberapa tips untuk mengembalikan semangat bagi mereka yang putus cinta.
Terima Hakikat Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.
Melarikan diri Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.
Luahkan perasaan anda Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.
Anda pula dengar luahan mereka Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .
Ingat dekat orang lain Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.
Buang jer hadiah tu Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.
Berdoa & Bertawakal Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.
Bagi aku yang penting kita kena terima hakikat. Walaupon kita sayangkan dia separuh mati tapi si dia tak cintakan kita apa guna. Lepaskan saja dengan ikhlas. InsyaAllah keperitan itu hanya sementara. Dan aku percaya yang tuhan dah tentukan yang terbaik untuk kita. walaupon kita merasakan dia yang terbaik untuk kita, tapi tuhan maha mngetahui. InsyAllah kita akan lebih bahagia satu hari nanti.
Kepada si dia Shafiqah Samsudin. Harap lebih bahagia bersama kekasih baru.
walaupon perit untuk melupakan tapi mungkin ini yangterbaik. Walau dalam hati sentiasa mengharap si dia akan kembali. Tapi semua tu mustahil....
(10/11/'08 - 16/06/'10)
Saturday, June 12, 2010
Jadikan Blog Anda Lebih Mesra di Search Enginee dan Meningkatkan Trafik
Entri tutorial kedua aku dalam blog ni. Sapelah aku nk buat entry tutorial. Blogger baru dah nk buat tutorial pasal blogging. Mungkin ada sesetengah yang akan berkata begitu. Sebenar aku ingin berkongsi tutorial ini dengan blogger2 baru seperti aku yang menggunakan blogspot. Straight to the point, sebenarnya default setting pada template blogspot kurang mesra pada google search enginee. Ini kerana default setting akan memaparkan tajuk entri atau artikel terlebih dahulu dan di ikuti dengan nama blog.

contoh search result
Friday, June 11, 2010
Kongsikan Santapan Rohani Pagi Jumaat
ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda? Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.
Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.
Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang!
1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…
entry di copy sepenuhnya dari http://sangmentari.wordpress.com/
berkongsilah selagi sesuatu itu mendatangkan manfaat kepada umat islam..(:
[tutorial]Download Video yang Tidak Boleh Download Dengan Mudah
Hi! guys.. Korang pengguna mozilla firefox??? Post kali ni aku ingin berkongsi dengan korang tentang add-ons yang perlu ada pada mozilla firefox korang yang tentunya akan memudahkan korang untuk mendownload sesuatu video.Mungkin dah ramai yang mengetahui dan menggunakannya tapi aku ingin berkongsi kepada mereka yang masih belum mengetahuinya.(:
add-ons download helper yang disediakan oleh firefox adalah untuk menyenangkan korang mendownload video dari sesebuah website yang tidak boleh didownload. Maksud lain, nanti senangla korang nak merembat video dari mana-mana website..hehehe..(: Jangan mendownload video dari website2 porn sudah. huhu..peace :-p ... Terpulang pada niat korang. Cara mendapatkan video helper ni mudah saja.
First tentunya korang perlu open firefox korang, seterusnya klik pada bookmark -> mozilla firefox, dan pilih costumize firefox. Then akan keluar page seperti dibawah.
Langkah seterusnya korang klik pada tab Add-ons
Kemudian taipkan download helper pada ruang search seperti yang di highlightkan dan tekan enter.
Akhir sekali klik pada button add to firefox, install plugin ni dan restart firefox dan sedia digunakan.
Sekiranya terdapat video, flash atau apa sahaja file yang boleh didownload, simbol video helper tersebut akan berputar dan berhenti sekiranya tidak ada apa-apa file yang boleh didownload.
Selain itu ikut langkah yang sama tetapi dengan menukar kata kunci pada search add-ons. taipkan 1-click youtube. plugin ini memudahkan korang untuk mendownload video dari youtube dengan hanya sekali klik.Wednesday, June 9, 2010
Ketahui Tersirat dan Tersurat Dari Wanita
Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan… ;))
Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi… Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla… Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu untuk lebih artikel cinta layari http://www.tentangcinta.com/Monday, June 7, 2010
Apa Itu "Unique Visitor"
- view visitor: merujuk pada berapa kali URL anda telah dimuat yang meliputi halaman yang di"refresh" oleh pelawat itu.
- unique visitor: merujuk pada alamat IP tertentu me"loading" blog anda
- contoh: jika saya membaca blog anda sekarang dan me-refresh halaman, yang akan dikira sebagai 2 view visitor dilihat dan masih 1 unique visitor.
Saturday, June 5, 2010
Subhanallah...Satu Lagi Kebesaran Allah S.W.T...(video pembunuhan menyayat hati)
Manusia 'Cabul' Hak Allah
Salam guys..Entry kali ini aku ingin berkongsi info tentang lesen perjudian yang telah diberikan oleh kerajaan kepada Kumpulan Berjaya.Dunia memang sedang hampir ke akhir zaman sehinggakan ade sesetengah pihak pihak(Islam) sanggup membelakangi hukum agama demi kpentingan politik dan kewangan. Inikah yang dikatakan negara Islam?? Pemimpin kita beragama Islamkah??? Tindakan seperti ini sudah tentu akn menyuburkan lagi kemungkaran dalam masyarakat islam di negara ini. berikut sedikit berita yang dipetik dari http://www.harakahdaily.net.
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak merasa terhutang budi sehingga meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.
Beliau berkata, besar kemungkinan Kumpulan Berjaya turut memberikan sumbangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membiayai perbelanjaan menghadapi 11 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.
(Gambar: Khalid membahagi risalah GMJ kepada orang ramai.)
Tambahnya, Berjaya membayar sejumlah RM250 juta kepada kerajaan dalam tempoh setahun bagi lesen judi.
Baginya, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak itu kerana terdesak untuk mendapatkan duit kerana negara menghadapi masalah kewangan sekarang.
Jelasnya, kelulusan tersebut tidak pernah dibincang atau dibahaskan di Parlimen.
“Keputusan itu dibuat mendadak oleh kerajaan yang lahir dari sikap desperado, terdesak BN dalam keadaan negara menghadapi masalah kewangan,” ujarnya pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini petang ini.
Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha JIM, Nahar Mohd Noor, wakil Jemaah Muafakat Muslim Perak, Zulkifli Ibrahim, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Setiausaha Agung Abim, Rahimi Abdul Rahim dan wakil Dewan Pemuda Masjid, Mohd Takiyuddin Abdullah.
Khalid berkata, ekoran kelulusan judi itu yang dianggap sebagai membalas budi, kemungkinan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN.
Menurutnya lagi, penentangan terhadap kelulusan lesen judi itu bukan sahaja melibatkan Pakatan Rakyat tetapi MCA dan Gerakan yang merupakan komponen utama BN.
“Hanya Umno yang menyokong,” ujarnya.
Mohd Azmi sewaktu menjawab pertanyaan media berhubung sikap membisu pemimpin Umno berhubung kelulusan lesen judi bola sepak itu berkata: “Itu kena tanya Umno”.
Hmm.... dahla membelakangi hukum agama. Melayu tunduk di negara sendiri pulak tu.Kumpulan Berjaya merupakan syarikat cina.Memang betullah meLayu layu. Terserah kepada korang yang beragama Islam untuk menilai. Jangan disebabkan fahaman politik berbeza sehingga kita sanggup menolak hukum Allah.
Hayati lagu ni...(apa guna tak hilang didunia kalau kewujudan tidak dirasa) fikirkanlah..Dah Gersang Sangat.. Kat Sini Pon Jadi, Memang Binatang Betol
Huhu.....Inilah sebabnya perogol dikatakan mempunyai nafsu binatang. Korang rasa sesuai istilah ini diberikan kepada perogol???
Friday, June 4, 2010
Coming Soon..Filem Melayu Wajib Tonton yg Setanding Titanic
Satu lagi kejayaan anak Melayu yang harus kita banggakan.Adik-beradik yang telah mencipta empayar mereka sendiri.Filem ini akan menemui penonton awal 2010.
"The Malay Chronicles Bloodlines" Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) adalah sebuah lagi filem yang diterbit oleh KRU Studios.Pada 22 Februari lalu, filem bergenre epik ini berjaya menarik pengedar-pengedar antarabangsa sekaligus mencatatkan jualan mencecah jutaan ringgit menerusi European Film Market di Berlin yang berlangsung pada 11- 21 Februari.
Setanding 'Titanic'
Sementara itu, selaku Pengarah Muzik untuk HMM, Edry Abdul Halim berkata, pihaknya percaya lagu tema HMM akan mendapat impak yang sama seperti lagu tema filem box- office, ‘Titanic’.
Lagu tema filem ini dinyanyikan oleh Anuar Zain dalam dua bahasa iaitu melayu dan inggeris untuk pasaran luar negara.Rakaman penataan muzik HMM telah dijalankan di Dewan Filharmonik Petronas selama tiga hari berturut-turut bermula 23 Mac lalu. HMM kini dalam proses penjanaan CGI dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Julai.
Wajib Tonton
Menurut pendapat aku, filem HMM ini merupakan filem melayu yg wajib ditonton. Teknik CGInya begitu menarik yg mana proses pengambarannya dijalankan di Pulau Langkawi dan Ulu Yam bagi menjimatkan kos.


Sedikit Sinopsis
Merong Mahawangsa adalah keturunan Alexander the Great, seorang nakhoda tentera laut terkenal dan pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. Empayar Rom pada masa pemerintahan Hadrianus dan China, Dinasti Han berada pada zaman kegemilangan pemerintahan dan kedua empayar ini bersatu melalui perkahwinan putera Rom dengan putri China dari Dinasti Han.
Mereka akan dikahwini di titik tengah antara timur dan barat, neutral ground (gua syak di tanah melayu). Merong Mahawangsa ditugaskan untuk mengawal putera Rom dalam perjalanan mereka ke Asia Tenggara.
The pirate nation of Geruda (lanun geruda? ini lanun mana ni?) telah menculik puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan (nyumnyum!). Dalam perjalanan ke Selat Melaka, Armada Merong Mahawangsa telah diserang tentera Geruda semasa berhenti di pulau kecil untuk mengisi bekalan.
Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri dan menyatukan dua tamadun besar dari timur dan barat? .sama-sama kita ke pawagam (: Info FilemThursday, June 3, 2010
Kereta buatan Malaysia yg Menjadi Pilihan Anda
gambar sekadar hiasan
Proton MSX
Proton EMAS
mana penghawa dinginnya???
mana gear kereta nie??

boot belakang yang agak luas
& menurut umber kerusi belakang bolh digerakkan secara elektronik

ape kegunaan iphone disitu??


bahagian dalam dengan futuristic design
kecil diluar besar didalam
Wednesday, June 2, 2010
Bila Manusia Terlampau Kreatif
Dari Pembaca Kepada Penulis
Wednesday, January 6, 2010
About The Author
chatbox
Blog Archive
-
▼
2010
(16)
-
►
June
(14)
- Oh! Lebih Hina Menyentuh Kekasih Dari Khinzir
- Tips Untuk Melupakan Si Dia
- Jadikan Blog Anda Lebih Mesra di Search Enginee da...
- Kongsikan Santapan Rohani Pagi Jumaat
- [tutorial]Download Video yang Tidak Boleh Download...
- Ketahui Tersirat dan Tersurat Dari Wanita
- Apa Itu "Unique Visitor"
- Subhanallah...Satu Lagi Kebesaran Allah S.W.T...(v...
- Manusia 'Cabul' Hak Allah
- Dah Gersang Sangat.. Kat Sini Pon Jadi, Memang Bin...
- Coming Soon..Filem Melayu Wajib Tonton yg Setandin...
- Kereta buatan Malaysia yg Menjadi Pilihan Anda
- Bila Manusia Terlampau Kreatif
- Dari Pembaca Kepada Penulis
-
►
June
(14)
Labels
- auku akta 174 (1)
- blog (2)
- cinta (1)
- dslr (1)
- Filem (1)
- gengblogger (1)
- informasi (2)
- islam (1)
- jumaat (1)
- kelebihan jumaat (1)
- lagu (1)
- mahasiswa politeknik (1)
- penghulu hari (1)
- perspektif aku (1)
- photography (1)
- putus cinta (1)
- self update (1)
- shutter speed (1)
- surat cinta (1)
- surat untuk mak (1)
- tentang cinta (1)
- tingkatkan trafik (1)
- tips cinta (1)
- tutorial (1)
- tutorial blog (1)
- tutorial download (1)
- youtube downloader (1)








