Digital Single Lens Reflex (DSLR) adalah kamera digital yang menggunakan tindak balas kanta tunggal secara digital. Jurugambar akan melihat objek yang akan dirakam menerusi bingkai kaca atau biasanya disebut
viewfinder. Hasil gambar yang akan dirakam sudah semestinya sama dengan apa yang dilihat menerusi
viewfinder tersebut.
Itu adalah serba sedikit pengenalan mengenai DSLR. Pada masa kini DSLR dimiliki bukan hanya untuk keperluan atau minat tetapi seolah - olah telah menjadi trend pada masa kini. Mungkin kerana harganya tidak semahal dahulu, jadi semua mampu untuk memilikinya. Tapi sekadar memiliki DSLR dan menjadikannya sebagai trend tanpa mengetahui fungsi-fungsi asas DSLR atau hanya menggunakan fungsi automatik pada DSLR amatlah tidak berbaloi. Lebih baik beli je kamera digital biasa kalau macam tu. Betul tak?? Aku pun bukanlah
expert mana untuk terangkan fungsi-fungsi DSLR ni tapi cukuplah untuk berkongsi apa yang aku faham mengenai perkara asas yang patut kita tahu apabila memiliki DSLR iaitu
shutter speed, aperture dan
iso.
Terlebih dahulu mari kita mengenali bahagian-bahagian DSLR. Tidak lupa juga fungsi kamera adalah menangkap cahaya.
Apa yang dilihat menerusi
viewfinder adalah imej yang dilihat menerusi lens kamera. Cahaya masuk melalui lens dan terus kepada
mirror dan dipantulkan terus pada
viewfinder.
Apabila
shutter button dipetik, kamera akan menangkap imej yang dilihat menerusi
viewfinder berdasarkan shutter speed, aperture dan iso yang telah disetkan pada kamera. 3 faktor tersebut
(shutter speed, aperture,iso) memberi kesan yang besar kepada imej atau gambar yang terhasil. Teruskan bacaan anda untuk memahami apa yang dimaksudkan shutter speed, aperture dan iso.
Apa itu
shutter speed??
Jadi apa sebenarnya
shutter speed tu?
shutter speed adalah tetapan pada kamera untuk menentukan berapa lama
shutter(
mirror)/ pengatup terbuka sebelum imej ditangkap. semakin lama
shutter terbuka, bermakna semakin banyak cahaya yang akan ditangkap oleh sensor. Susahkan untuk faham??
Jadi aku terangkan dalam bahasa yang lebih mudah. Anggap
shutter tu adalah kelopak mata kita dan kita ibaratkan
shutter tu adalah kelopak mata yang tertutup. Apabila
shutter button dipetik,
shuter tadi atau yang kita ibaratkan tadi kelopak mata akan terbuka dan akan tertutup kembali apabila
shutter button tersebut dipetik. (dah tunggang langgang ayat aku nie kan??hehe.hope korang fahamla). Dengan setkan kelajuan
shutter speed pada kamera kita, kita sebenarnya menetapkan berapa lama
shutter tersebut terbuka sebelum ia tutup kembali. Sama seperti mata manusia, semakin lama mata kita terbuka, semakin banyak cahaya yang masuk melaluinya. semakin laju shutter speed semakin
sharp gambar yang terhasil dan semakin perlahan shutter speed, semakin
blurr gambar yang terhasil kerana terdedah kepada pengaruh cahaya. Mungkin gambar ni dapatkan jelaskan pemahaman korang terhadap
shutter speed.
sekarang korang dah lebih jelas sikit kan??bagi yang takde DSLR mungkin korang xkan faham apa-apa pun dan yang ada tapi tak pernah kaji fungsi
shutter speed lepas ni bolehla korang cuba bermain dengan
shutter speed ni.
Gambar yang terhasil pada shutter speed yang perlahan
Gambar yang terhasil pada shutter speed yang laju
Menarikkan gambar yang dihasilkan sekiranya
shutter speed di
setkan mengikut kretiviti kita. Begitulah menariknya DSLR berbanding kamera digital biasa. Untuk
aperture dan
iso aku akan terangkan pada
post yang akan datang. Kalau ada salah harap betulkan sebab aku pun baru lagi berjinak dengan DSLR ni. Sama-sama berkongsi ilmu. Tak gitu??